Friday, June 4, 2010
Apa itu Vanishing Twin Syndrome?
Tuesday, March 30, 2010
Twin Pregnancy FAQ
Sejak dah confirm with her twin pregnancy, she always refer to me on twin pregnancy and tips which I decided to share this info in this entry so that orang lain pun boleh dapat manfaat juga..
1. Bila dah confirm with twin pregnancy, apa perlu buat?
Firstly, you kena buat research on twins and decide which hospital to deliver. Saya suggest anda pergi to government hospital because the equipments are complete and the cost is also cheaper compared to private hospital. Hospital kerajaan bukan sahaja dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap tetapi keperluan darah yang mencukupi.
2. Macamana nak tau sama ada twins ni identical or fraternal?
Susah nak jawab sebab if nak confirmkan 100%, kena buat DNA test. Tak semestinya same gender or muka seiras tu identical. In my case, I assumed my twins are identical because they shared same placenta and diagnosed with Twin to Twin Transfusion Syndrome. I guess I have to do a DNA test to confirm this..For more info, read here
3. Perlu ke bed rest?
Depending on your health condition. As mentioned in earlier post, twin pregnancy is considered as high risk pregnancy. Selalunya doktor akan minta anda untuk bercuti awal untuk berehat di rumah (sekiranya anda bekerja) kerana apabila dah memasuki bulan ke lapan, perut anda dah semakin besar dan pergerakan pun terbatas. Doktor akan keluarkan satu surat kepada majikan menyatakan anda perlu bercuti lebih awal.
4. Normal procedure or C-Section?
Juga bergantung pada tahap kesihatan anda dan kedudukan bayi di dalam kandungan. Jika salah seorang bayi didapati songsang atau melintang, doktor akan cadangkan anda melakukan C-Section.
5. Epidural?
It is very subjective. It’s good to discuss this with your gynae. Understand the pro and cons on epidural. You can make a search in Internet or by asking your friends and relatives. From my own experience, I opt for epidural during my C-Sec because I want to be half conscious during the procedure.
6. What is Braxton Hicks?
I was in my 7months of pregnancy when I suddenly felt pain in my tummy. I was told that the tightening I was feeling in my tummy is called Braxton Hicks. It is also known as false labour. While I was admitted, doktor telah memberi saya satu suntikan untuk menguatkan paru-paru anak-anak dalam kandungan supaya paru-paru mereka menjadi kuat sekiranya saya terpaksa melahirkan belum cukup waktunya.
7. Regular Check Up
Bila kandungan sudah memasuki bulan ke 6 atau 7, doktor akan menasihatkan anda untuk membuat pemeriksaan setiap 2 minggu untuk melihat perkembangan bayi.
8. Sexual Intercourse
It is not advisable to have a sexual intercourse if you are carrying twins sebab ia akan mempercepatkan kontraksi. Apa-apa pun, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.
9. Berat bertambah?
Ya, bersedialah untuk menambah berat badan yang banyak. Ini juga bergantung kepada tahap pemakanan anda. Jika anda jenis yang berselera untuk makan, mungkin berat anda akan bertambah dalam 15-20kg. Bagi yang terlebih berselera, berat badan anda akan bertambah hampir 30kg seperti saya!
10.Tumpah darah
Tumpah darah berlaku kerana uterus anda yang besar tidak mahu kecut semula. Ia selalu berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung anak kembar. Saya sendiri mengalami tumpah darah yang teruk sehingga doktor terpaksa menebuk lubang kecil di bahagian kanan perut saya untuk mengeluarkan darah kotor melalui tiub dan memasukkan pula 10 pine darah. It was really painful! Tapi, jangan takut, bukan semua orang akan mengalami tumpah darah. Apa-apa pun, bersedia dan berdoa agar proses kelahiran anak anda nanti dipermudahkan. Insyallah..
Thursday, March 25, 2010
Sibling Rivalry
Persepsi tu memang salah..Tak kirala identical twins or not mereka tetap akan bergaduh..Benda kecil2 pun boleh jadi hal..My twins ni bila bab bergaduh selalunya si Arissa la champion sebab dia akan gigit si Adrianna..Adrianna pulak tak melawan tapi menangis berbakul-bakul..
Banyak punca yang menyebabkan mereka berdua ni selalu bergaduh..Antaranya, ialah rebutkan barang..Kadang2 barang tu memang dah ada dua, yang sama jenis tapi bila si kakak pegang, si adik berebut nak jugak benda yang kakak pegang…Walaupun dah bagi yang satu lagi, tapi dia tetap nak apa yang kakak dia pegang..
Bila dah bergaduh macam tu mulalah suruh saya jadi jugde..Nanti si Adrianna cakap, "Ami..nengok Caca"…Arissa pulak kata, "Ami..nengok Nana".Usually, apa yang saya akan buat ialah try to negotiate sapa yang boleh mengalah tapi if dua2 tak nak mengalah, saya akan ambil benda yang direbutkan tu dan sembunyikan..Biar dua-dua pun tak dapat..haha..
Ini gaduh2 manja..
Thursday, March 18, 2010
My Dream Car
Friday, March 5, 2010
Jalan-Jalan Cari Makan at Aunty Aini’s Garden Cafe
Captured a few photos..but tak clear sangat sebab guna camera phone..haha
Belakang tu ialah kitchen
Deco kat sini simple aje..rase macam kat tepi pantai pun ada sebab adanya atap rumbia tu..
Boleh pilih sama ada nak makan di meja biasa atau bersila di gazebo..lebih selesa duduk di sini jika anda ada bawa kids..
Menu yang kami order: Daging Salai Masak Lemak, Sup Ayam Kampung, Sambal Tumis Udang Galah dan Ulam-ulaman...
Sebelum balik, lepak2 dan posing2 dulu kat entrance Aunty Aini's..
Entrance to Aunty Aini's..
Aunty Aini's Garden Cafe, Batu 16, Jalan Sepang, Kampung Chelet, 71800 Nilai, N.Sembilan
Tel: 06-7991276
Closed: Every Sundays
Thursday, February 11, 2010
My Nite Marathon
Honestly, I did not really prepare myself for the marathon. Saya cuma pergi jogging sekali aja, itu pun kat area rumah..lari tak sampai 1km, tiba-tiba dah rasa nak pitam..haha.. lepas tu continue berjalan aja sambil ambil angin di waktu pagi dan sempat pula beli roti canai tiga keping dan suratkhabar masa on the way balik rumah..
Sehari sebelum hari marathon, perut saya tiba-tiba sakit, terlalu banyak angin..Ya, sampai hari ini pun saya masih sakit perut lagi, pening-pening dan sedikit loya..Mungkin gastric aja kot..
Hari yang ditunggu-tungu pun tiba..Walaupun sakit perut, saya gagahi juga..tak nak backout..sebab saya tau mesti hubby akan condemn saya gila-gila..haha..saya ambil bas yang disediakan organiser berdekatan PJ Hilton. Kami tiba awal dan nampak ada sebuah bas Rapid KL tapi tak ada sebarang poster atau sticker yang mengatakan bas ni akan ke Putrajaya..Masa tu, ramai juga peserta lain yang tercangak-cangak macam saya sebab tak pasti adakah itu bas yang akan kami naiki..Nasib baik la, ada seorang mat salih ni pergi tanye bas driver and confirmkan memang itu bas kami..
Bas bertolak tepat pukul 7pm. Memang punctual driver tu..Dalam sibuk saya berborak-borak dengan my sis in law yang juga partner lari saya malam itu, tiba-tiba bas berhenti di tepi jalan dan bas driver tu berjalan ke arah penumpang dan tanya “Siapa tahu macamana nak pergi Putrajaya?” haha..biar betul driver ni..kami dah tersesat kat area Puchong..Luckily ada seorang participant ni familiar dengan that area..
Suasana malam di Putrajaya memang cantik betul..that was my first time pergi Putrajaya waktu malam and it was really amazing..berapa banyakla our government spend on the electricity eh?Ramai sangat orang yang datang that night..Disebabkan kategori yang saya pilih ni Fun Run dan cuma 5km aja, kami start larian yang paling akhir sekali iaitu pukul 9:15pm. Macam tak percaya, we all dapat habiskan larian dalam masa sejam..
Masa tengah berlari, sempat pulak saya nampak couple yang lepas akad nikah (agaknya la sebab pakai baju pengantin..maybe lepas akad nikah di Masjid Putrajaya) bergambar posing-posing dengan berlatar belakangkan kami yang sedang berlari..hahaha..lawak betul..boleh pulak buat wedding photography malam tu..
Overall, saya memang enjoy that night dan teruja nak masuk marathon lagi...One of my friend told me about Energizer Night Marathon which will be held next month but sadly registration dah pun tutup..Takpela, lain kali aja..
Ini pic sebelum lari..nampak tak plaster yg bertempek kat hidung saya tu?Ramai gila participant yg pakai..pelik juga mula-mula bila tengok orang pakai sebab saya pernah beli benda ni untuk hubby sebab tak tahan dengan snoring dia! rupa-rupanya Breathe Right tengah buat promotion..konon-kononya bila pakai benda ni boleh breathe dengan baik bila berlari..Hmm..boleh percaya ke?
My sis in law sungguh energetic malam tu..mana taknya dia tiap2 hari gi training kat gym..penat jugak saya nak kejar budak ni..
Lepas abis lari..terus dapat certificate..akan dimasukkan cert ini dalam resume..haha
Tuesday, January 26, 2010
Merafak Takziah
Saya mula mengenali YAM Tunku Masera ketika di bangku sekolah menengah. Walaupun kami dilahirkan pada tahun yang sama tetapi disebabkan Tunku Masera telah dimasukkan sekolah rendah pada umur 6 tahun, maka Tunku adalah merupakan senior setahun dari saya. Persahabatan saya dan Tunku bertambah erat ketika kami belajar di universiti yang sama. Ketika itu, saya pula yang jadi senior Tunku sebab selepas tamat sekolah menengah, Tunku mengambil STPM terlebih dahulu dan seterusnya memasuki salah sebuah universiti ternama di Singapore.
Pada waktu itulah, Tunku bersama kaum kerabat lain telah berangkat menunaikan umrah dan telah terbuka hati untuk mendalami ilmu agama lebih-lebih lagi Bahasa Arab. Sekembali Tunku dari menunaikan umrah, Tunku telah memohon untuk memasuki International Islamic University dan mengambil course Political Science. Saya pula pada waktu itu, sudah memasuki tahun kedua pengajian.
Saya banyak mempunyai kenangan manis bersama kerabat Johor yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Tunku telah melayan saya dengan baik sekali dan turut membawa saya mengadap Almarhum Ayahanda dan Tuanku Sultanah beberapa kali. Saya juga berpeluang untuk makan semeja dengan mereka..(masa tu terpaksa maintain cool aja). Almarhum Sultan Johor walaupun nampak tegas tetapi merupakan ayahanda yang penyayang.
Banyak acara keraian sama ada di Johor atau di tempat lain yang dapat saya sertai. Dari situlah, saya telah belajar bahasa-bahasa istana dan serba sedikit tentang protokol ketika mengadap kerabat-kerabat di raja.
DYMM Tuanku Sultanah juga melayan saya dengan baik. Saya pernah mengikut rombongan Tuanku ke Singapore dan Tuanku Sultanah tidak lupa untuk memberi saya cenderahati. Saya juga pernah menerima pemberian istimewa oleh Tuanku Sultanah..Oh..it's personal..tak boleh nak share..hehe..
This picture was taken in 2002 or 2003 di Istana Bukit Serene..sedang bersiap untuk dinner sempena Ulangtahun Kelahiran Almarhum Ke Bawah Duli Sultan Johor..
Di kesempatan ini, saya ingin merafak sembah takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah Binti Almarhum Tunku Ahmad serta Kerabat Di Raja, Kerajaan Negeri dan Seluruh Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim di atas Kemangkatan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Baginda Allmutawakil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Semoga Almarhum Sultan di cucuri rahmat. Amin.
Note: Saya berkabung 7 hari..