Thursday, March 18, 2010

My Dream Car



Bilalah agaknya dapat merasa beli kereta ni? Rasa2nya 10 tahun lagi pun tak afford nak beli..Arghh..Sedih betul..Dapat bergambar pun jadi la..Sebenarnya, pic ni pic lama..One year ago if tak salah..Captured in front of my cousin's house..In other words, ini kereta dia..haha..

Sesiapa yang teringin nak beli kereta ini atau kereta-kereta mewah lain, boleh contact no di bawah..
MKN Motorsports Sdn Bhd
No.23, Jalan PJU 10/1A,
Damansara Damai
Petaling Jaya 47830
Selangor
Tel:03-6156 0011

Friday, March 5, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan at Aunty Aini’s Garden Cafe

I’ve been here twice. Not bad. I really like the ambience..Hubby yang beriya-iya nak tunjukkan tempat sebab dekat dengan opis dia..If dia tak keje area Sepang, for sure kami semua tak tahu kewujudan café ni..


Terletak di Kampung Chelet, berdekatan Nilai dan Sepang, tak ramai yang tahu kewujudan café Aunty Aini’s ni. If you are fans of Kampung food, then this is the place that you shouldn’t miss. Antara dishes yang ada kat sini ialah Daging Salai Masak Lemak, Ikan Jenahak Masak Lemak Tempoyak, Sambal Tumis Udang Galah, Sup Ayam Kampung and macam-macam lagi.


Walaupun terletak kat area kampung, harga makanan kat sini boleh tahan jugak! Dah macam harga kat KL..The second time I went, I actually had the chance to talk to the owner, Aunty Aini..Peramah sangat..She was involved in entertainment industry before she decided to open this café..Dia kata dah tak larat nak buat shooting yang selalunya memakan masa yang lama lagipun her youngest daughter is still schoolling..



Aunty Aini memang talented sebab semua makanan dan juga lanskap yang ada di sekililing café ni dilakukan sendiri oleh Aunty Aini walaupun dia ada beberapa orang pekerja.. Her husband pulak in charge of marketing and management..



Selain masakan kampung, Western food juga ada disediakan..Kalau nak desserts, boleh order di ice-cream corner..Jika ada niat nak bawa rombongan yang ramai, lebih baik buat reservation sebab tempat ni selalu full..Jangan tak percaya Travel Channel 707 di Astro tu pun pernah buat coverage di sini bersama pengacaranya Anthony Bourdain, 2-3 tahun lepas..


Captured a few photos..but tak clear sangat sebab guna camera phone..haha




Belakang tu ialah kitchen







Deco kat sini simple aje..rase macam kat tepi pantai pun ada sebab adanya atap rumbia tu..



Boleh pilih sama ada nak makan di meja biasa atau bersila di gazebo..lebih selesa duduk di sini jika anda ada bawa kids..




Menu yang kami order: Daging Salai Masak Lemak, Sup Ayam Kampung, Sambal Tumis Udang Galah dan Ulam-ulaman...






Sebelum balik, lepak2 dan posing2 dulu kat entrance Aunty Aini's..






Entrance to Aunty Aini's..


Aunty Aini's Garden Cafe, Batu 16, Jalan Sepang, Kampung Chelet, 71800 Nilai, N.Sembilan


Tel: 06-7991276


Closed: Every Sundays

Thursday, February 11, 2010

My Nite Marathon

Yes..I finally completed my 5km nite marathon last Saturday..It was really fun..that was my first marathon (merentas desa masa sekolah tak dikira eh) haha..macam2 perkara berlaku before, during and after the marathon which was so kelakar..and will be remembered...

Honestly, I did not really prepare myself for the marathon. Saya cuma pergi jogging sekali aja, itu pun kat area rumah..lari tak sampai 1km, tiba-tiba dah rasa nak pitam..haha.. lepas tu continue berjalan aja sambil ambil angin di waktu pagi dan sempat pula beli roti canai tiga keping dan suratkhabar masa on the way balik rumah..

Sehari sebelum hari marathon, perut saya tiba-tiba sakit, terlalu banyak angin..Ya, sampai hari ini pun saya masih sakit perut lagi, pening-pening dan sedikit loya..Mungkin gastric aja kot..

Hari yang ditunggu-tungu pun tiba..Walaupun sakit perut, saya gagahi juga..tak nak backout..sebab saya tau mesti hubby akan condemn saya gila-gila..haha..saya ambil bas yang disediakan organiser berdekatan PJ Hilton. Kami tiba awal dan nampak ada sebuah bas Rapid KL tapi tak ada sebarang poster atau sticker yang mengatakan bas ni akan ke Putrajaya..Masa tu, ramai juga peserta lain yang tercangak-cangak macam saya sebab tak pasti adakah itu bas yang akan kami naiki..Nasib baik la, ada seorang mat salih ni pergi tanye bas driver and confirmkan memang itu bas kami..

Bas bertolak tepat pukul 7pm. Memang punctual driver tu..Dalam sibuk saya berborak-borak dengan my sis in law yang juga partner lari saya malam itu, tiba-tiba bas berhenti di tepi jalan dan bas driver tu berjalan ke arah penumpang dan tanya “Siapa tahu macamana nak pergi Putrajaya?” haha..biar betul driver ni..kami dah tersesat kat area Puchong..Luckily ada seorang participant ni familiar dengan that area..

Suasana malam di Putrajaya memang cantik betul..that was my first time pergi Putrajaya waktu malam and it was really amazing..berapa banyakla our government spend on the electricity eh?Ramai sangat orang yang datang that night..Disebabkan kategori yang saya pilih ni Fun Run dan cuma 5km aja, kami start larian yang paling akhir sekali iaitu pukul 9:15pm. Macam tak percaya, we all dapat habiskan larian dalam masa sejam..

Masa tengah berlari, sempat pulak saya nampak couple yang lepas akad nikah (agaknya la sebab pakai baju pengantin..maybe lepas akad nikah di Masjid Putrajaya) bergambar posing-posing dengan berlatar belakangkan kami yang sedang berlari..hahaha..lawak betul..boleh pulak buat wedding photography malam tu..

Overall, saya memang enjoy that night dan teruja nak masuk marathon lagi...One of my friend told me about Energizer Night Marathon which will be held next month but sadly registration dah pun tutup..Takpela, lain kali aja..


Ini pic sebelum lari..nampak tak plaster yg bertempek kat hidung saya tu?Ramai gila participant yg pakai..pelik juga mula-mula bila tengok orang pakai sebab saya pernah beli benda ni untuk hubby sebab tak tahan dengan snoring dia! rupa-rupanya Breathe Right tengah buat promotion..konon-kononya bila pakai benda ni boleh breathe dengan baik bila berlari..Hmm..boleh percaya ke?




My sis in law sungguh energetic malam tu..mana taknya dia tiap2 hari gi training kat gym..penat jugak saya nak kejar budak ni..



Lepas abis lari..terus dapat certificate..akan dimasukkan cert ini dalam resume..haha

Tuesday, January 26, 2010

Merafak Takziah


Saya sesungguhnya memang dukacita di atas kemangkatan Almarhum Ke Bawah Duli Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada hari Jumaat lepas. Walaupun saya bukan anak jati Johor tetapi saya pernah bersekolah dan tinggal beberapa tahun di sana. Apabila saya terdengar pengumuman di radio mengenai kesihatan Almarhum yang ketika itu sedang gering, saya lantas mengambil handphone saya dah terus sms anakanda bongsu Almarhum Sultan, iaitu YAM Tunku Masera yang merupakan salah seorang sahabat karib saya.

Saya mula mengenali YAM Tunku Masera ketika di bangku sekolah menengah. Walaupun kami dilahirkan pada tahun yang sama tetapi disebabkan Tunku Masera telah dimasukkan sekolah rendah pada umur 6 tahun, maka Tunku adalah merupakan senior setahun dari saya. Persahabatan saya dan Tunku bertambah erat ketika kami belajar di universiti yang sama. Ketika itu, saya pula yang jadi senior Tunku sebab selepas tamat sekolah menengah, Tunku mengambil STPM terlebih dahulu dan seterusnya memasuki salah sebuah universiti ternama di Singapore.

Pada waktu itulah, Tunku bersama kaum kerabat lain telah berangkat menunaikan umrah dan telah terbuka hati untuk mendalami ilmu agama lebih-lebih lagi Bahasa Arab. Sekembali Tunku dari menunaikan umrah, Tunku telah memohon untuk memasuki International Islamic University dan mengambil course Political Science. Saya pula pada waktu itu, sudah memasuki tahun kedua pengajian.

Saya banyak mempunyai kenangan manis bersama kerabat Johor yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Tunku telah melayan saya dengan baik sekali dan turut membawa saya mengadap Almarhum Ayahanda dan Tuanku Sultanah beberapa kali. Saya juga berpeluang untuk makan semeja dengan mereka..(masa tu terpaksa maintain cool aja). Almarhum Sultan Johor walaupun nampak tegas tetapi merupakan ayahanda yang penyayang.

Banyak acara keraian sama ada di Johor atau di tempat lain yang dapat saya sertai. Dari situlah, saya telah belajar bahasa-bahasa istana dan serba sedikit tentang protokol ketika mengadap kerabat-kerabat di raja.

DYMM Tuanku Sultanah juga melayan saya dengan baik. Saya pernah mengikut rombongan Tuanku ke Singapore dan Tuanku Sultanah tidak lupa untuk memberi saya cenderahati. Saya juga pernah menerima pemberian istimewa oleh Tuanku Sultanah..Oh..it's personal..tak boleh nak share..hehe..

This picture was taken in 2002 or 2003 di Istana Bukit Serene..sedang bersiap untuk dinner sempena Ulangtahun Kelahiran Almarhum Ke Bawah Duli Sultan Johor..

Di kesempatan ini, saya ingin merafak sembah takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah Binti Almarhum Tunku Ahmad serta Kerabat Di Raja, Kerajaan Negeri dan Seluruh Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim di atas Kemangkatan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Baginda Allmutawakil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Semoga Almarhum Sultan di cucuri rahmat. Amin.

Note: Saya berkabung 7 hari..

Friday, January 15, 2010

Jom Join Night Marathon

Update 19/1/10: Registration for Putrajaya Night Marathon is officially closed. Hubby tak sempat register..huhuhu..sedih giler..






Jom..jom..jom..join night marathon at Putrajaya on 6 February 2010...Saya dah pun meregisterkan diri..cuma hubby je yang belum lagi..mari la sesama meriahkan keadaan..tak payah lari jauh-jauh..amik yang 5km je..(itu pun belum tentu larat)..haha..
For more info on this marathon, click hooha

Wednesday, January 13, 2010

Expecting twins

Having twins’ memang best, double the joy + double the work. You have to be mentally and physically prepared. Masa saya mula-mula tau saya mengandungkan twins, my pregnancy was only about 15 weeks. Sungguh terkejut sebab terang-terang boleh nampak dua heartbeats dalam tummy saya. Masa tu, doc tak cakap apa-apa lagi. Saya sendiri yang nampak kat monitor..Doc pun macam terkejut and terus tanya adakah saya ada twins history dalam family. Saya dengan blur-blurnya jawab tak ada.

Saya yang masih terkejut, terus call hubby..Dia yang sepatutnya menemankan saya, tersangkut dalam jem..Arghh..dia memang selalu lambat! Bila saya cakap “eh I’m expecting twins la”..(dengan nada yang gembira) Dia dengan selamba menjawab “Biar betul..Anak I ke ?” Sungguh kejam betul dia..

Saya tak pernah berangan nak dapat anak twins, tapi saya pernah berangan saya sendiri ada twin..haha..mesti best kan..Masa saya di universiti dulu, saya dan kawan baik saya Farah Wahida, selalu kutuk-kutuk satu pasangan twins yang same batch with us sebab everyday pergi kelas dari atas sampai bawah semua sama, pastu jalan-jalan pegang tangan..Mak aii..menyampah betul tengok..(hehe..padahal jeles sebenarnya)..Ditakdirkan Tuhan, saya dan kawan baik saya tu sama-sama dapat anak kembar. Her twins boys are one year older than mine..kami sudah boleh berbesan..

Some tips yang boleh saya share bersama..

1.Dapatkan banyak informasi tentang twins sama ada melalui internet, buku, rakan, saudara-mara atau sesiapa saja yang berpengalaman. Wajib tahu bagaimana bayi kembar boleh terjadi dan perbezaan antara kembar seiras dan bukan seiras..supaya senang nak jawab if orang tanya nanti..

2.Buat budget..Jangan jadi macam saya..Terlalu ghairah sangat berbelanja..Mesti ada proper planning kalau tak budget boleh lari. Apa yang boleh share, tak perlu beli dua. Bila dah ada list barang yang nak dibeli, lebih mudah untuk beritahu saudara-mara apabila diaorang tanya “Nak apa for present?”

2.Mesti makan makanan yang seimbang dan makan secara kerap tetapi dalam small quantity. Oh ya, jangan lupa makan vitamin..Folic Acid paling penting..

4.If dah decide for breastfeeding, haruslah tanya orang yang berpengalaman dan rujuk buku-buku bergambar..Ini saya memang failed..

5.Dapatkan pembantu, tak kirala orang Indon ke, ibubapa, suami atau adik beradik sebab tak cukup kaki tangan dan akan rasa letih lebih-lebih apabila baru discharge from hospital

6.Dapatkan informasi tentang berapa cost untuk kelahiran kembar. Lebih baik pergi ke hospital kerajaan atau separa kerajaan kerana harga yang lebih murah dan fasiliti yang lengkap

Oopss..jangan seronok sangat sebab twins pregnancy ni banyak dugaannya..Bukan semuanya best aja tau.. Antaranya:

1.Di klasifikasikan sebagai high risk pregnancy..Risiko untuk mendapat darah tinggi, kencing manis, morning sickness yang teruk adalah lebih tinggi berbanding kandungan biasa..Alhamdullilah, my pregnancy was ok..

2.Bila dah diconsider high risk tu, maknanya mesti lebih kerap buat prenatal visits. Masa saya dulu, bila kandungan dah 6-7 bulan agaknya, kena jumpa doctor every two weeks..memang kopak la duit..

3.Bila dah mengandung twins, you need additional calories and weight gains..Bila makan memang tak ingat dunia..my weight was 78kg masa last week of pregnancy..Nasib baik skarang dah kurus balik..

4.Chances of having C-section is higher sebab akan ada banyak complications macam yang saya alami..My womb was nearly removed tau..huhuhu..

5.Bersiap sedia untuk bersalin lebih awal. Kebanyakan twins lahir pre mature. Alhamdulillah, kandungan saya genap 36 weeks. Doctor suruh saya tunggu lagi tapi saya yang tak nak sebab dah tak larat nak bawa perut ke hulu ke hilir..




Fresh from oven..haha..this is Adrianna..kulit merah macam udang kena bakar sebab terlebih darah..

This is Arissa. She was so paled because kurang darah dan terpaksa dimasukkan dalam inkubator for 5 days. Saya hanya dapat melihat dia selepas dua hari melahirkan sebab keadaan saya yang sangat lemah dan Arissa pula ditempatkan di blok berlainan dengan saya dan Adrianna..Ini antara gambar yg hubby ambil untuk tunjuk pada saya setiap kali dia pergi menjenguk Arissa tanpa saya..sungguh sedih..



Hari kedua di rumah..Satu besar, satu kecik..Satu merah, satu putih..

Tuesday, January 12, 2010

Puteh Cantik Berseri

As planned, my sis in law and myself went to pelancaran butik Puteh at Damansara Perdana last Saturday. Pening kepala tak tau nak pakai baju apa..Sekejap nak pakai baju kurung, kejap nak pakai dress labuh..tu lah masalahnya, tak tahu dresscode…If pakai beria-ia, nanti overdress pulak..Kelam kabut pagi tu selongkar almari cari baju yang sesuai..

Last-last pakai je la baju labuh and jeans..sebab I was told on that morning, launching starts at 9:30am and invitation yang we all dapat pulak from 11am-6pm.. So,tak payah berformal-formal sangat sebab bila we all sampai launching dah pun selesai..



Ini die rupa butik Puteh from outside..Senang aja nak cari..If you are coming from Damansara Perdana punya entrance, it's on your left hand side, opposite traffic light pertama entering Damansara Perdana. But if you are coming from The Curve, butik ni kat sebelah kanan (new building)


Curi-curi amik gambar sebab malu nak keluarkan my DSLR camera yang besar bagak tu..haha





Inside one of the room, barang-barang dalam bilik ni more exclusive..yang beg-beg kat dalam pic tu bukan handbag tau..tapi telekung..cantik kan? harga paling mahal if xsalah RM5k..uishh..orang zaman sekarang ni pegi semayang jemaah pun ada yang suka show off tau..haha..telekung ni memang sesuai untuk golongan-golongan seperti mereka..






Salah satu jubah yang di displaykan..material nampak biasa aja tapi beads tu yang buat price jadi mahal..Harga jubah kat sini starts from RM2k..very exclusive..biasala..hasil creativy Rizalman..worth it dengan harga yang dibayar..




My sis in law pun nak tumpang bergambar..Dia tengah berholiday skarang ni sebab baru quit from Ernst&Young and akan start keje baru next month..jeles la..



Selepas berjam-jam dalam butik dan membelek-belek mana barang yang paling murah untuk dibeli..hahaha..kiteorang pun amikla travelling telekung yang sangat compact dan cantik..


Ini telekung yang saya pilih..comel kan?telekung ni warna purple tau and ada corak-corak batik kat tepi kain..memang bergaya..haha..yang bestnya, we all dapat 20% discount..

p/s: hari ni dalam sejarah. post 2 entries..chow

Related Posts with Thumbnails