Pagi-pagi lagi telefon di pejabat saya dah berbunyi. Siapa lagi kalau bukan kawan baik saya yang bekerja dengan syarikat penerbangan yang sedang sibuk perang harga dengan syarikat penerbangan murah tu.
Saya tahu dia yang telefon kerana nombor telefon ofisnya keluar di skrin telefon saya. Mungkin dia nak membalas panggilan saya yang tidak berjawap malam tadi. Dengan suara yang kontrol, saya mengangkat gagang telefon.
Saya: Hello
M: Wei, aku ni. Busy ke?
Saya: Tak da lah. Tengah baca paper. Apa hal? Rutin kerja saya setiap hari ialah membaca lebih kurang 10 jenis suratkhabar
M: Aku ada cerita baru ni. Pasal artis ni. Saya namakan artis ni sebagai artis A
Saya : Apsal dengan dia ?
M : Memang betul la dia keluar dengan husband pelakon B. Cerita sensasi tentang perkelahian kedua-dua pelakon wanita ini pernah banyak kali disiarkan dalam kolum-kolum gossip sebelum ini.
Saya : Mana kau tau ? Tiba-tiba saya rasa macam jadi wartawan hiburan pula.Best juga kalau dalam kolum sendiri dalam akhbar atau jadi macam Michelle kat Melodi tu, suka terjah artis dengan soalan-soalan maut dia..
M: Macam ni, last night kawan aku telefon. Tengah-tengah malam pasal nak bagitau aku pasal cerita ini. Kawan aku punya husband berkawan dengan husband pelakon B tu. Ada satu malam, baru-baru ni juga, husband kawan aku tu keluar clubbing dengan husband pelakon B kat club baru. Aku pun lupa nama tempat tu.
Saya: Pastu?
M: Masa kat sana, husband pelakon B open dua table. Satu untuk dia dan kengkawan, satu lagi untuk pelakon A. Semuanya kaki minum. Husband pelakon B tu belanja sampai RM2,000 untuk pelakon A. Yang paling aku tak percaya sekali, pelakon A ni angkut mak dia sekali.
Saya: Huh? Mak dia pun minum ke?
M: Ya. Tak sangka kan. Ada lagi, kawan aku yang lain pula kata nampak pelakon A check in flight pagi pergi Bangkok, naik first class baru-baru ni.
Saya: Pergi holiday kot.
M: Yelah, tapi takkan pergi sorang. Pukul 3petang hari yang sama, kawan aku nampak husband pelakon B pula check in pergi Bangkok.
Saya: Lah..Boleh tahan juga eh pelakon A ni. Nampak macam baik.
M: Ntahla. Agaknya hobi dia kacau suami orang kot.
Saya tidak faham kenapa ramai pengarah filem/drama masih suka ambil Pelakon A pegang watak utama. Saya dah meluat baca cerita-serita liar dia di surat khabar. Cepat-cepatla berinsaf…
The King and U
19 hours ago
1 comment:
Ada gaya jadi wartawan hiburan beb!
Siapa artis ni?.. tulis jer la.
Post a Comment