Friday, June 26, 2009

Cuti-Cuti Malaysia-Langkawi

I took a few days off from work and spent the days at Langkawi with my family last 2 weeks. I was thrilled as this is the first time that my mother in law and my youngest sister in law joined our vacation. All this while, my father in law is always reluctant to let them go anywhere without him.

Since my hubby was the only gentleman in the group, he has been designated as our permanent driver through out the holiday..haha..It was a last minute plan, actually. Therefore, we didn’t make the booking earlier but at least the flight tickets were still affordable. We could have paid lesser if we do the booking during the Air Asia’s promotion. Anyway, thanks to Mr Hubby who belanja our flight tickets..hehe..

We spent 5 days / 4 nights in Langkawi. Thanks to my husband’s cousin Kak Juin & Kak Ina who gave us the permission to use their rooms in Langkawi Lagoon and their MPV with no charge. Alhamdulillah, jimat duit..

We departed from LCCT on Thursday's night at 9:30pm and reached Langkawi 45 minutes later. This is the first time the twins travel on board. Arissa looked calm but Adrianna a bit restless and cried throught out the journey!

It only took us 5 minutes to reached the resort from the Airport. We skipped the room registration (the resort belongs to my husband's uncle, therefore no registration required..hehe) and were directed to our rooms. The rooms were very spacious. I think the room size that we were given was equally same size as my small condo! or maybe bigger!




We spent the first day lepaking at our resort. After spent about one hour at the swimming pool, we later proceeded to the beach. I purposely captured the water challet as it is the trademark of Langkawi Lagoon. Unfortunately, we did not stayed there..




We were a bit frustrated when we saw this signage. No wonder there was no other people at the beach besides us..






Since we can't swim at the beach, we brought the kids to the nearby playground..




I cannot stop myself from laughing when I took their photos at the playground in this swimwear. It reminds me of Sofea Jane riding a horse in swimwear in one of the Malay film few years ago..haha..The outfit so tak kena..






The underwaterworld did impressed me. Although the entry fees was quite high but I think I enjoyed it more compared to Aquaria in KLCC. There was a large entourage at the entrance as our Deputy Prime Minister and family was also there to pay a visit.





I truly enjoyed this Tsunami Laksa, located along the Chenang Beach. The taste was so yummy until we tapau a few packets for our dinner. There was another Laksa seller called Laksa Power located near the airport but the taste was not really nice as compared to this one.





This picture was taken before we started the Island Hoping. It costs only RM35 for each adult and they will bring you to three places, the Dayang Bunting Lake, The Eagle Island and Beras Basah Island. We were given 1 hour to spent at each places. The was one lady on our boat that wore pink baju kebaya and pink sandal..Me and my husband cannot stop laughing everytime our eyes met her eyes....how can you wear kebaya and ride a boat? Anyway, an attire is not a barrier!




Free fish spa at the Dayang Bunting Lake. Don't be surprised when you see a lot of cat fishes in the lake water. Try put on your feet inside the lake and enjoy a quick reflexology...





I'm confused here...I wonder whether my husband wanted to capture my picture or the Hongkie girl in bikini behind me?hehehe





Again, an attire is not barrier. This Arab lady who was also in my boat seems comfortable doing her activities in her black abaya..



My mum enjoying her swimming + berendam activities at 7 Wells Waterfall. For those who plan to visit this waterfall, please be advised that you have to walk 15-20mins from the parking area to reach the waterfall. It tooks another 20mins to reach to the actual 7 wells area.













Tuesday, June 9, 2009

Homeschool?

I was reading the Berita Harian this morning and I found this amazing story about one Malaysian Homeschool family. I totally respect the courage, dedication and passion that this mother of 4 kids has. She is a truly Supermummy!

Please read the article and visit LittleKittle.com for more info.








Permata Hati: Sekolah di rumah


Oleh Halina Mohd Noor


MAMPUKAH ibu bapa menjadi guru kepada anak-anak dan menggarap kurikulum tersendiri bagi mencerna minda mereka? Bagi kebanyakan orang ia adalah mustahil, malah dianggap 'tidak normal' bagi seorang kanak-kanak jika tidak bersekolah. Namun, bukan kepada Hafiza Abd Rahman, 25, yang cukup berani dan yakin untuk mendidik sendiri empat anaknya di rumah. Ikuti pengalamannya seperti diceritakan kepada RATU, baru-baru ini. Sedia konsep pendidikan formal: Alasan tidak mahu anak diukur dengan gred seperti berlaku kepada kebanyakan kanak-kanak BERPEGANG kepada falsafah, ibu bapa adalah guru terbaik anak, Hafiza Abd Rahman yang lebih mesra dengan panggilan, Mamafiza memutuskan untuk tidak menghantar anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak, tadika mahupun sekolah pada masa depan. Alasannya, dia tidak mahu anaknya diukur dengan gred seperti berlaku kepada kebanyakan kanak-kanak hari ini termasuk pengalamannya sendiri.


"Cukuplah semasa saya kecil dulu, diadili dengan gred. Kalau dapat A dalam peperiksaan, mereka dianggap bijak. Sebaliknya yang kurang pandai, kurang mendapat perhatian. Kenapa perlu A dan menerima layanan berbeza? Wajarkah ukuran ini diberikan kepada kanak-kanak yang hanya ditekankan dengan didikan akademik semata-mata sedangkan dari segi tingkah laku pula teruk?" katanya. Tidak menafikan ramai yang ragu dengan tindakannya untuk tidak menghantar anak ke sekolah, malah ada yang mengutuknya, Mamafiza berkata, ia bukan sesuatu yang pelik kerana konsep itu sudah lama dilakukan di negara Barat. Antaranya seperti Amerika Syarikat yang menunjukkan, lebih 1.1 juta kanak-kanak bersekolah di rumah pada 2007. Selain akademik, kanak-kanak ini diajar ibu bapa masing-masing dengan pelbagai perkara lain termasuk kokurikulum dan kebajikan. "Ibu bapa tidak perlu risau jika tiada kemahiran kerana setiap ibu bapa adalah guru kepada anak. Apa yang diperlukan adalah kasih sayang dan mempercayai kebolehan anak masing-masing. Saya memberikan anugerah kepada anak melalui pujian, pelukan dan riben yang digantungkan di dinding yang membuatkan hati mereka berbunga," katanya.


Idea menyekolahkan anak di rumah tercetus hasil pengalamannya sendiri. Oleh kerana ibu bapanya sibuk bekerja, masanya banyak dihabiskan di rumah nenek. Mereka mengajarnya pelbagai perkara dan cuba mencari jawapan kepada pelbagai soalan diutarakan. Di rumah, bapanya sering membelikan dan membacakan buku untuknya. Baginya bersekolah di rumah adalah bidang yang menyeronokkan dan sering diinginkan untuk anaknya. Mamafiza percaya kaedah itu menyediakan suasana pembelajaran terbaik dan ibu bapa berkeupayaan menyediakan pendidikan terhebat untuk anaknya. "Sebelum mengajar anak, ajar diri sendiri atau muhasabah diri. Satu hari, satu pesan dan dengan izin Allah, ia jadi kekal sampai bila-bila. Saya sering berdoa agar diberikan kesabaran untuk mendidik mereka. Pada mulanya suami agak keberatan dengan idea ini tetapi selepas diterangkan, suami memberi restu untuk bekerja di rumah sebagai pereka laman web dan penulis. Ia membolehkan saya bersama anak sepanjang masa, pada waktu senang atau susah. Kegembiraan saya dalam berkongsi ilmu bersama anak tidak dapat diganti dengan wang ringgit walaupun pernah ditawarkan pekerjaan di luar rumah melebihi RM5,000 pada usia 20 tahun," katanya. Katanya, menyekolahkan anak di rumah memerlukan dua orang tenaga kerja. Justeru, ibu dan bapa memainkan peranan berbeza iaitu, ibu bertindak positif iaitu menanamkan nilai mulia, manakala ayah pula berperanan memberi tindak balas ke atas perbuatan negatif anak. Misalnya jika anak membuat salah, ayah berperanan memberikan hukuman tertentu.


Menimba pengetahuan mengenai sekolah di rumah, Mamafiza banyak membaca buku dan belajar melalui internet. Dia gemarkan penulis Jepun, Tetsuko Kuroyanagi yang menulis pengalamannya mengenai sekolah di rumah. Menyedari kepentingan muzik dalam merangsang minda kanak-kanak, Mamafiza sanggup membeli keyboard terpakai dan belajar bermain piano secara dalam talian selama seminggu dengan tunjuk ajar pemain piano Kanada, Andrew Furmazyek secara percuma. Menyentuh mengenai perkembangan sosial anaknya, Mamafiza berkata, ia tidak semestinya boleh didapati di sekolah semata-mata. Sejak kecil mereka digalakkan bercampur dengan masyarakat sekeliling dan bergaul dengan kanak-kanak kurang bernasib baik seperti anak yatim tanpa mengira bangsa dan agama.


"Sejak usia mereka satu setengah tahun, kami bawa mereka ke masjid berhampiran rumah untuk membaca yassin dan membantu jemaah lain menyiapkan persiapan untuk majlis berkenaan. Setiap Jumaat, anak lelaki kena ikut ayah ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Sekurang-kurangnya dua kali sebulan, kami bawa semua anak ke rumah anak yatim agar mereka tahu bahawa ada anak yang tidak mempunyai ayah dan ibu. Aktiviti lain seperti membaca dan melukis bersama anak-anak ini.


Anak saya bakal melancarkan satu laman web perniagaan tidak lama lagi yang akan menjual lukisan yang mereka lukis dan 20 peratus daripada hasil jualan disumbangkan kepada rumah anak yatim. Setakat ini, mereka berjaya menjual beberapa lukisan batik canting dengan harga RM150," katanya. Aktiviti bermula dengan solat Subuh MAMAFIZA mula menyekolahkan anak sulungnya, Muhammad Kirua Hakimy di rumah sejak 2004, malah sejak anaknya itu dalam kandungan sehingga kini. Semasa hamil, siswazah Multimedia Super Corridor (MSC) ini memastikan setiap hari membaca surah Yassin untuk diperdengarkan kepada bayi dalam kandungan dan sentiasa memikirkan perkara positif. Sebaik Kirua dilahirkan, ibu muda itu mula memberikan susu badan sehinggalah anaknya berusia dua setengah tahun.


Amalan membaca surah al-Quran masih diteruskan di samping membaca pelbagai buku dan mendengar alunan muzik seperti Mozart dan sebagainya. "Amalan ini berterusan sehingga anak seterusnya dan keempat yang kini masih berusia sembilan tahun. Sejak mereka bayi, saya terapkan mereka unsur positif melalui pelbagai aktiviti. Saya menyediakan jadual untuk aktiviti seawal jam enam pagi hingga 11 malam. Semua aktiviti mempunyai matlamat walaupun sesetengahnya kelihatan agak remeh. Aktiviti bermula dengan sembahyang Subuh dan membaca al-Quran bersama ibu bapa, sekurang-kurangnya dua muka surat. Selepas bersarapan, mereka mengemas meja dan membantu ibu memasukkan kain baju ke dalam mesin basuh. Kemudian kami bersenam bersama-sama diiringi muzik dan berehat sambil melakukan meditasi atau menari dengan irama Mozart, Beethoven dan sebagainya. Sebelah petang pula mereka belajar melalui komputer mengenai seni, permainan, matematik, bahasa, sains, teknologi maklumat dan sebagainya," katanya. Suaminya, Mohd Azhar Mohd Zahir turut berperanan dengan membawa anak melakukan aktiviti luar rumah seperti ke taman, menari, menonton wayang gambar dan sebagainya.


Pada waktu malam, mereka membaca buku bersama dan setiap anak boleh memilih buku yang mereka suka sehingga tertidur. Sementara anak tidur, Mamafiza akan menulis di blognya, Littlekittle.com/blog dan menyemak kalendar untuk aktiviti keesokan harinya. Pasangan itu memilih untuk memberi peluang kepada anak mengambil peperiksaan SAT ( SAT Reasoning Test) apabila mereka berusia 17 tahun kelak.


Biodata:
Jawatan: CEO Metsuki Studio (syarikat ditubuhkan sejak usianya 17 tahun lagi sehingga kini)
Akademik: Pereka Laman Web (MSC)

Anugerah:
Best Website Award 2002-2003 - International Webmaster Association
Finalist in Best Student Project - MSC-APICTA 2002 Award (Multimedia Super Corridor - Asia Pacific ICT Award)
Salah seorang daripada lapan finalis dalam Digi Fu-Yoh Street Blast Fashion Designer Competittion, Taman Tasik Titiwangsa.

Suami: Mohd Azhar Mohd Zahir
Anak (empat orang):
Muhammad Kirua Hakimy,5.
Nurul Ashyekin Rei Hikaru,3.
Nuryn Afiqah Yunaru,2.
Nur Adany Aourora Hideaki, 9 bulan.


INFO: Apa itu sekolah di rumah?
Pembelajaran yang bermula dari rumah di bawah naungan ibu bapa yang menerapkan nilai positif anak sejak usia 0 hari hingga ke akhir hayat (pembelajaran seumur hidup).
Namun, ibu bapa boleh menjalankan sekolah di rumah secara sambilan walaupun anak-anak dihantar ke sekolah kerajaan/swasta. Anak juga boleh mengambil kelas tambahan dan mengikuti peperiksaan awam mahupun peperiksaan antarabangsa di luar. Contohnya: ballet, hiphop, piano, aikido, seni.

Adakah ia salah di sisi undang-undang?
Tidak sama sekali. Menurut Akta "Compulsory Education Act 2002", secara sah, setiap kanak-kanak bawah 12 tahun mesti menerima pendidikan. Kewajipan ini bermula 2002. Ia bermakna pergi ke sekolah bukan wajib di Malaysia - bermakna sama ada anda bersekolah di rumah atau tidak ke sekolah, tiada undang-undang boleh menghalang.

Bagaimana untuk memulakan sekolah di rumah?
Pertama : Perlu niat. Niat yang baik memberikan yang terbaik untuk anak.
Kedua : Sokongan mental dan fizikal daripada suami penting.
Ketiga : Wasatiah. Sentiasa memilih untuk bersederhana dalam semua perkara dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dengan membuat penyelidikan, membaca, mencuba menimba ilmu dari buku dan internet. Ibu bapa perlu memperbaiki diri sendiri sebelum mengajar anak.
Keempat : Sediakan ruang belajar. Bina sudut kecil untuk melukis, membaca, membuat eksperimen, senaman.
Kelima : Mempunyai jadual harian. Jadual kebersihan, pemakanan dan aktiviti luar (lawatan ke rumah anak yatim, masjid, taman permainan, kelas tambahan) amat penting kerana akan menyebabkan ibu bapa sentiasa "keep on track". Anak akan sentiasa berdisiplin dan bersedia serta kemas.



Ibubapa yang pelukan idea, boleh layari laman web kami: LittleKittle.com


Monday, June 8, 2009

Minggu yang amat memenatkan

Nasib baik Arissa dah sihat, dapat jugak la saya meneruskan aktiviti mingguan seperti dirancang. Hari Jumaat malam, saya, mama dan anak-anak pergi ke Bday Party Tunku Masera. Tak ramai sangat yang dijemput. Adalah dalam 30 orang kot. Happy jugak dapat jumpa kawan-kawan lama di sekolah dan universiti dulu. Bukan hanya kawan-kawan, lecturer masa universiti dulu pun ada..haha..Saya aja yang kenal dia, tapi dia tak kenal saya pun..

Nasib baik anak-anak saya betul-betul behave malam tu. Yelah, takut jugak kalau terpecah barang or tertumpah air..hehe..Buat naya aja..Tak ada specific aktiviti malam tu tapi saya enjoy tengok Tunku Muna menyanyi karaoke. Dah lama tak dengar dia nyanyi. Last sekali masa her wedding 7 years ago. She sang on her wedding day! Romantik sangat..

Dalam entry sebelum ni, saya ada bagitau saya ada 4 wedding invitations untuk hari Sabtu dan tak tahu mana nak pergi. At last, saya pilih untuk menghadiri wedding Nelly, junior saya ketika di UIA dulu. Kami bertolak dari KL pukul 12 tengahari dan tiba di Janda Baik dekat-dekat pukul 2petang. Jem yang sangat-sangat teruk di Karak Highway. Disebabkan kesuntukan masa, saya tidak menunggu pengantin makan beradab, tapi sempat la juga mengambil gambar pengantin di atas pelamin.

Saya sepatutnya pergi ke Sunway Lagoon pada hari Ahad menemani keluarga Uncle saya yang datang dari JB. Tapi, last minute kami dapat berita kematian mak mertua kepada cousin husband saya. Saya terkejut sebab dia kelihatan begitu muda dan sihat ketika menghadiri birthday party cucu-cucunya iaitu Syed Ariff dan Sharifah Alana beberapa bulan lepas. Kami pun bergegas ke Masjid Bangsar untuk menziarahi jenazah yang dikebumikan selepas solat Zohor.

Disebabkan terlalu penat, saya dan husband memutuskan untuk tidak menghantar Adrianna & Arissa balik ke Seremban seperti biasa. Mula-mula saya cadangkan agar suami menjaga mereka di rumah hari ni tapi, dia tak confident la..hehe..So, kami hantar diaorang ke Taska i-play yang terletak di Damansara Perdana for trial session. Last week, saya dan husband dah recce nursery ni dan besar kemungkinan akan enroll mereka dalam masa terdekat.

Dari malam semalam lagi, saya dah teruja nak tengok keletah mereka di nursery. Kami yang terawal tiba di Taska i-play pagi tadi. Lepas terangkan serba sedikit tentang Adrianna & Arissa kepada staff di sana especially camna nak differentiate mereka, saya pun terus ke tempat kerja. So far, diaorang tak menangis pun. Pukul 2 petang tadi, saya call Taska i-play dan diberitahu Adrianna baru bangun tido manakala Arissa pula langsung tak tido. Sibuk main aja. Sebelum tu, Fara, owner Taska i-play yang merupakan cousin husband saya sms dan beritahu Adrianna & Arissa tengah main doh and is getting along well.

Inilah, Nelly dan pasangannya Ahmad. Nelly, awak sungguh cantik hari tu..

Selepas aja saya snap gambar ini, Adrianna telah menumpah segelas air sirap di atas meja..hehe..









Friday, June 5, 2009

Wedding Season

I have 4 wedding invitations for tomorrow. First is my ex-boss which also one of my dad’s friend. This is his third marriage actually. Haha..He divorced with the first wife, and then he remarried with Aunty Zita which had died two years ago due to breast cancer and tomorrow he will marry to a lady from Kuala Kangsar, Perak. He is such a jovial and funny guy and was featured in a Maggie TV ad couple of years ago. My dad knows him when he was in a Mercy mission to Afghanistan where my dad was then the Defence Attaché’ in Pakistan. ‘Uncle Azhar’ had problem with his visa and dad helped him out. During his stayed at our house in Islamabad, my dad found out that my grandfather knows Uncle Azhar’s parent. Macam Jejak Kasih..

The second invitation is my ex-schoolmate, Farida when I was studying in PD. We were quite close during the school times. She is now a teacher. I have never seen her for more than 5 years kot..haha..I’m so happy for her. She is the last two of my friends in PD to tie the knot. The other one is Mimie Aishah who just got engaged last weekend.

Third invitation is my ex-unimate, Nelly. She had her nikah two weeks ago and tomorrow is the reception which will be held at Pondok Pak Habib in Janda Baik. She is the granddaughter of Pak Habib or his real name is Syed Hussein Al-Attas, the famous academician, politician and author. I’ve been to the place once. It is a nice place to relax especially when you had a chance to jump into the small river behind the house. Very cooling!

My fourth invitation is my dad’s cousin wedding in Gombak. My family and my uncle’s family from Johor are coming to stay at my house tonight. Last night, me and hubby pulun kemas rumah and replenish our food stuffs in the fridge..hehe..

I am still not sure to which wedding that I would attend. It’s all depends on Arissa’s condition. She has been having a fever since last week. If she is still weak tomorrow then I’ll just stay at home.

Oh forgot to mention, I have birthday invitation tonight. It’s Tunku Masera’s Big 30 Bash party at Istana Johor, Jalan Kia Peng. Then again, it’s all depending on Arissa. I’ll bring her, Adrianna and my mother to the party tonight if she is well since my husband is not keen to go.

To all brides and grooms to be, CONGRATULATIONS!

Thursday, June 4, 2009

Sightseeing at Desa Park City

Few weeks back, my family and I went to Desa Park City near Kepong. I have never been there although I passed by that area everyday coming back from work. Our friend, Pacha and Adrian suggested for us to meet there because there is a nice lake and park for our twins and their daughter, Bali Meranti to play.

I didn’t bring my camera as it was unplanned. Too bad, kalau tak boleh snap pictures of them playing together..

We were surprised when we reached the Waterfront. We didn’t expect it to be that canggih..hehehe..We felt that the ambience similar to Perth..The shops there are not bad. On the ground floor, there are BBQ Chicken, Secret Recipe, Coffee Bean, Kluang Station, Natural New Zealand Ice Cream, MaxValue supermarket and others. Very convenient!

It was drizzling when we reached there, so we decided to walk around and have a drink while waiting for the rain to subside. We went to the first floor where there are mostly children related shops such as The Baby Loft, Chubby Chubby and Kindermusik. Now I know where to get kids stuff near my place rather than going all the way to One Utama or The Curve.

I wish I can afford a house there. I was told that the minimum price is RM700k. Punye la mahal gile...Anyway, I will put this into my wish list..hehehe..
Related Posts with Thumbnails