Friday, June 4, 2010

Apa itu Vanishing Twin Syndrome?


I was a bit terrified and confused when I found that I am expecting again. My twin daugthers baru aja nak masuk 3 tahun dan saya sebenarnya masih belum ready untuk menambah ahli keluarga. Walau apapun, saya tetap bersyukur kerana telah dikurniakan rezeki ini sekali lagi. Saya cuma takut saya tak mampu untuk membahagikan masa antara kerja dan keluarga serta perhatian dan kasih sayang kepada semua anak-anak saya. Looking after the twins aja dah buat kepala saya ni sesak!
We went back to see my old gynae, Prof Siti Zawiyah in UMSC for my prenatal check up sebab dia lebih arif tentang keadaan saya selepas mengalami pengalaman yang sukar ketika kelahiran pertama. I believe she should know what are the risks that I'll be facing for this second pregnancy.
We were shocked and in denial when we were told that I'm expecting twins again. Memang tak percaya langsung. Double Strikes..haha..From the ultrasound scan, we can see two amniotic sacs tapi sayangnya hanya satu sahaja yg dapat lihat heartbeatnya dengan jelas. Doc told us not to put high hope on this twins sebab the other fetus memang tak clear.
I googled about this as I need more info and I found out that this situation is actually called Vanishing Twin Syndrome. According to Wikipedia, Vanishing Twin Sydrome is a fetus in a multi-gestation pregnancy which dies in utero and is then partially or completely reabsorbed by the mother or twin.
At that point of time I still hope that the twin will survive and we were actually planning to do another ultrasound scan in another hospital to get confirmation and second opionion but after that we decided to wait for the next check up in UMSC. Kalau ada rezeki adalah, kalau tak ada pun tak apala..
A few days after that, I had mild bleeding and the doc said that was how the fetus was removed from my womb..Memang sedih..Ada kawan-kawan yang bertanya adakah saya berasa lega bila tahu fetus dah tinggal satu..saya jawab..tidak..saya terkilan sebab saya tau die twins dan sampai bila-bila pun saya akan ingat. Saya pasti akan rasa sedih bila melihat anak saya ini lahir nanti kerana dia sepatutnya dilahirkan berdua. Saya juga pasti tertanya-tanya adakah mereka sepatutnya sama jantina atau tidak, adakah mereka seiras atau tidak..
For those yang nak tahu lebih lanjut about Vanishing Twin Syndrome, you can read it here or here . Or bole aje google..
Sekarang ni, saya tak nak fikir banyak-banyak. I just hope that my baby is healthy dan berdoa semoga tak ada complication yang serius..Sama-samala kita berdoa ya..

Tuesday, March 30, 2010

Twin Pregnancy FAQ

I am so excited to know that lunch buddy is expecting twins..Macam tak percaya sebab si Sahidah ni kurus dan comel..Takut tak larat pulak nak carry her twins at later stage nanti..Whatever it is, congrates Sahidah..I am so happy for you..

Sejak dah confirm with her twin pregnancy, she always refer to me on twin pregnancy and tips which I decided to share this info in this entry so that orang lain pun boleh dapat manfaat juga..

1. Bila dah confirm with twin pregnancy, apa perlu buat?
Firstly, you kena buat research on twins and decide which hospital to deliver. Saya suggest anda pergi to government hospital because the equipments are complete and the cost is also cheaper compared to private hospital. Hospital kerajaan bukan sahaja dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap tetapi keperluan darah yang mencukupi.

2. Macamana nak tau sama ada twins ni identical or fraternal?
Susah nak jawab sebab if nak confirmkan 100%, kena buat DNA test. Tak semestinya same gender or muka seiras tu identical. In my case, I assumed my twins are identical because they shared same placenta and diagnosed with Twin to Twin Transfusion Syndrome. I guess I have to do a DNA test to confirm this..For more info, read here

3. Perlu ke bed rest?
Depending on your health condition. As mentioned in earlier post, twin pregnancy is considered as high risk pregnancy. Selalunya doktor akan minta anda untuk bercuti awal untuk berehat di rumah (sekiranya anda bekerja) kerana apabila dah memasuki bulan ke lapan, perut anda dah semakin besar dan pergerakan pun terbatas. Doktor akan keluarkan satu surat kepada majikan menyatakan anda perlu bercuti lebih awal.

4. Normal procedure or C-Section?
Juga bergantung pada tahap kesihatan anda dan kedudukan bayi di dalam kandungan. Jika salah seorang bayi didapati songsang atau melintang, doktor akan cadangkan anda melakukan C-Section.

5. Epidural?
It is very subjective. It’s good to discuss this with your gynae. Understand the pro and cons on epidural. You can make a search in Internet or by asking your friends and relatives. From my own experience, I opt for epidural during my C-Sec because I want to be half conscious during the procedure.

6. What is Braxton Hicks?
I was in my 7months of pregnancy when I suddenly felt pain in my tummy. I was told that the tightening I was feeling in my tummy is called Braxton Hicks. It is also known as false labour. While I was admitted, doktor telah memberi saya satu suntikan untuk menguatkan paru-paru anak-anak dalam kandungan supaya paru-paru mereka menjadi kuat sekiranya saya terpaksa melahirkan belum cukup waktunya.

7. Regular Check Up
Bila kandungan sudah memasuki bulan ke 6 atau 7, doktor akan menasihatkan anda untuk membuat pemeriksaan setiap 2 minggu untuk melihat perkembangan bayi.

8. Sexual Intercourse
It is not advisable to have a sexual intercourse if you are carrying twins sebab ia akan mempercepatkan kontraksi. Apa-apa pun, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.

9. Berat bertambah?
Ya, bersedialah untuk menambah berat badan yang banyak. Ini juga bergantung kepada tahap pemakanan anda. Jika anda jenis yang berselera untuk makan, mungkin berat anda akan bertambah dalam 15-20kg. Bagi yang terlebih berselera, berat badan anda akan bertambah hampir 30kg seperti saya!

10.Tumpah darah
Tumpah darah berlaku kerana uterus anda yang besar tidak mahu kecut semula. Ia selalu berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung anak kembar. Saya sendiri mengalami tumpah darah yang teruk sehingga doktor terpaksa menebuk lubang kecil di bahagian kanan perut saya untuk mengeluarkan darah kotor melalui tiub dan memasukkan pula 10 pine darah. It was really painful! Tapi, jangan takut, bukan semua orang akan mengalami tumpah darah. Apa-apa pun, bersedia dan berdoa agar proses kelahiran anak anda nanti dipermudahkan. Insyallah..

Thursday, March 25, 2010

Sibling Rivalry

What would you do if you encounter to problem as this?






And this?











Sibling rivalry ni very common tak semestinya happens to twins saja..Ramai orang tanya saya, "your twins ada gaduh-gaduh tak?" Mereka terperanjat bila saya kata ada..Sebab bagi mereka, bila dah kembar tu mesti selalu baik dan mesra aja..

Persepsi tu memang salah..Tak kirala identical twins or not mereka tetap akan bergaduh..Benda kecil2 pun boleh jadi hal..My twins ni bila bab bergaduh selalunya si Arissa la champion sebab dia akan gigit si Adrianna..Adrianna pulak tak melawan tapi menangis berbakul-bakul..

Banyak punca yang menyebabkan mereka berdua ni selalu bergaduh..Antaranya, ialah rebutkan barang..Kadang2 barang tu memang dah ada dua, yang sama jenis tapi bila si kakak pegang, si adik berebut nak jugak benda yang kakak pegang…Walaupun dah bagi yang satu lagi, tapi dia tetap nak apa yang kakak dia pegang..

Bila dah bergaduh macam tu mulalah suruh saya jadi jugde..Nanti si Adrianna cakap, "Ami..nengok Caca"…Arissa pulak kata, "Ami..nengok Nana".Usually, apa yang saya akan buat ialah try to negotiate sapa yang boleh mengalah tapi if dua2 tak nak mengalah, saya akan ambil benda yang direbutkan tu dan sembunyikan..Biar dua-dua pun tak dapat..haha..
Of course, after that dua2 akan meraung sakan dan mulalah buat saya naik hantu macam mak tiri..Final solution, saya kurungkan mereka dalam ‘Bilik Gelap’..haha..ganas gila..



Ini gaduh2 manja..

Thursday, March 18, 2010

My Dream Car



Bilalah agaknya dapat merasa beli kereta ni? Rasa2nya 10 tahun lagi pun tak afford nak beli..Arghh..Sedih betul..Dapat bergambar pun jadi la..Sebenarnya, pic ni pic lama..One year ago if tak salah..Captured in front of my cousin's house..In other words, ini kereta dia..haha..

Sesiapa yang teringin nak beli kereta ini atau kereta-kereta mewah lain, boleh contact no di bawah..
MKN Motorsports Sdn Bhd
No.23, Jalan PJU 10/1A,
Damansara Damai
Petaling Jaya 47830
Selangor
Tel:03-6156 0011

Friday, March 5, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan at Aunty Aini’s Garden Cafe

I’ve been here twice. Not bad. I really like the ambience..Hubby yang beriya-iya nak tunjukkan tempat sebab dekat dengan opis dia..If dia tak keje area Sepang, for sure kami semua tak tahu kewujudan café ni..


Terletak di Kampung Chelet, berdekatan Nilai dan Sepang, tak ramai yang tahu kewujudan café Aunty Aini’s ni. If you are fans of Kampung food, then this is the place that you shouldn’t miss. Antara dishes yang ada kat sini ialah Daging Salai Masak Lemak, Ikan Jenahak Masak Lemak Tempoyak, Sambal Tumis Udang Galah, Sup Ayam Kampung and macam-macam lagi.


Walaupun terletak kat area kampung, harga makanan kat sini boleh tahan jugak! Dah macam harga kat KL..The second time I went, I actually had the chance to talk to the owner, Aunty Aini..Peramah sangat..She was involved in entertainment industry before she decided to open this café..Dia kata dah tak larat nak buat shooting yang selalunya memakan masa yang lama lagipun her youngest daughter is still schoolling..



Aunty Aini memang talented sebab semua makanan dan juga lanskap yang ada di sekililing café ni dilakukan sendiri oleh Aunty Aini walaupun dia ada beberapa orang pekerja.. Her husband pulak in charge of marketing and management..



Selain masakan kampung, Western food juga ada disediakan..Kalau nak desserts, boleh order di ice-cream corner..Jika ada niat nak bawa rombongan yang ramai, lebih baik buat reservation sebab tempat ni selalu full..Jangan tak percaya Travel Channel 707 di Astro tu pun pernah buat coverage di sini bersama pengacaranya Anthony Bourdain, 2-3 tahun lepas..


Captured a few photos..but tak clear sangat sebab guna camera phone..haha




Belakang tu ialah kitchen







Deco kat sini simple aje..rase macam kat tepi pantai pun ada sebab adanya atap rumbia tu..



Boleh pilih sama ada nak makan di meja biasa atau bersila di gazebo..lebih selesa duduk di sini jika anda ada bawa kids..




Menu yang kami order: Daging Salai Masak Lemak, Sup Ayam Kampung, Sambal Tumis Udang Galah dan Ulam-ulaman...






Sebelum balik, lepak2 dan posing2 dulu kat entrance Aunty Aini's..






Entrance to Aunty Aini's..


Aunty Aini's Garden Cafe, Batu 16, Jalan Sepang, Kampung Chelet, 71800 Nilai, N.Sembilan


Tel: 06-7991276


Closed: Every Sundays

Thursday, February 11, 2010

My Nite Marathon

Yes..I finally completed my 5km nite marathon last Saturday..It was really fun..that was my first marathon (merentas desa masa sekolah tak dikira eh) haha..macam2 perkara berlaku before, during and after the marathon which was so kelakar..and will be remembered...

Honestly, I did not really prepare myself for the marathon. Saya cuma pergi jogging sekali aja, itu pun kat area rumah..lari tak sampai 1km, tiba-tiba dah rasa nak pitam..haha.. lepas tu continue berjalan aja sambil ambil angin di waktu pagi dan sempat pula beli roti canai tiga keping dan suratkhabar masa on the way balik rumah..

Sehari sebelum hari marathon, perut saya tiba-tiba sakit, terlalu banyak angin..Ya, sampai hari ini pun saya masih sakit perut lagi, pening-pening dan sedikit loya..Mungkin gastric aja kot..

Hari yang ditunggu-tungu pun tiba..Walaupun sakit perut, saya gagahi juga..tak nak backout..sebab saya tau mesti hubby akan condemn saya gila-gila..haha..saya ambil bas yang disediakan organiser berdekatan PJ Hilton. Kami tiba awal dan nampak ada sebuah bas Rapid KL tapi tak ada sebarang poster atau sticker yang mengatakan bas ni akan ke Putrajaya..Masa tu, ramai juga peserta lain yang tercangak-cangak macam saya sebab tak pasti adakah itu bas yang akan kami naiki..Nasib baik la, ada seorang mat salih ni pergi tanye bas driver and confirmkan memang itu bas kami..

Bas bertolak tepat pukul 7pm. Memang punctual driver tu..Dalam sibuk saya berborak-borak dengan my sis in law yang juga partner lari saya malam itu, tiba-tiba bas berhenti di tepi jalan dan bas driver tu berjalan ke arah penumpang dan tanya “Siapa tahu macamana nak pergi Putrajaya?” haha..biar betul driver ni..kami dah tersesat kat area Puchong..Luckily ada seorang participant ni familiar dengan that area..

Suasana malam di Putrajaya memang cantik betul..that was my first time pergi Putrajaya waktu malam and it was really amazing..berapa banyakla our government spend on the electricity eh?Ramai sangat orang yang datang that night..Disebabkan kategori yang saya pilih ni Fun Run dan cuma 5km aja, kami start larian yang paling akhir sekali iaitu pukul 9:15pm. Macam tak percaya, we all dapat habiskan larian dalam masa sejam..

Masa tengah berlari, sempat pulak saya nampak couple yang lepas akad nikah (agaknya la sebab pakai baju pengantin..maybe lepas akad nikah di Masjid Putrajaya) bergambar posing-posing dengan berlatar belakangkan kami yang sedang berlari..hahaha..lawak betul..boleh pulak buat wedding photography malam tu..

Overall, saya memang enjoy that night dan teruja nak masuk marathon lagi...One of my friend told me about Energizer Night Marathon which will be held next month but sadly registration dah pun tutup..Takpela, lain kali aja..


Ini pic sebelum lari..nampak tak plaster yg bertempek kat hidung saya tu?Ramai gila participant yg pakai..pelik juga mula-mula bila tengok orang pakai sebab saya pernah beli benda ni untuk hubby sebab tak tahan dengan snoring dia! rupa-rupanya Breathe Right tengah buat promotion..konon-kononya bila pakai benda ni boleh breathe dengan baik bila berlari..Hmm..boleh percaya ke?




My sis in law sungguh energetic malam tu..mana taknya dia tiap2 hari gi training kat gym..penat jugak saya nak kejar budak ni..



Lepas abis lari..terus dapat certificate..akan dimasukkan cert ini dalam resume..haha

Tuesday, January 26, 2010

Merafak Takziah


Saya sesungguhnya memang dukacita di atas kemangkatan Almarhum Ke Bawah Duli Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada hari Jumaat lepas. Walaupun saya bukan anak jati Johor tetapi saya pernah bersekolah dan tinggal beberapa tahun di sana. Apabila saya terdengar pengumuman di radio mengenai kesihatan Almarhum yang ketika itu sedang gering, saya lantas mengambil handphone saya dah terus sms anakanda bongsu Almarhum Sultan, iaitu YAM Tunku Masera yang merupakan salah seorang sahabat karib saya.

Saya mula mengenali YAM Tunku Masera ketika di bangku sekolah menengah. Walaupun kami dilahirkan pada tahun yang sama tetapi disebabkan Tunku Masera telah dimasukkan sekolah rendah pada umur 6 tahun, maka Tunku adalah merupakan senior setahun dari saya. Persahabatan saya dan Tunku bertambah erat ketika kami belajar di universiti yang sama. Ketika itu, saya pula yang jadi senior Tunku sebab selepas tamat sekolah menengah, Tunku mengambil STPM terlebih dahulu dan seterusnya memasuki salah sebuah universiti ternama di Singapore.

Pada waktu itulah, Tunku bersama kaum kerabat lain telah berangkat menunaikan umrah dan telah terbuka hati untuk mendalami ilmu agama lebih-lebih lagi Bahasa Arab. Sekembali Tunku dari menunaikan umrah, Tunku telah memohon untuk memasuki International Islamic University dan mengambil course Political Science. Saya pula pada waktu itu, sudah memasuki tahun kedua pengajian.

Saya banyak mempunyai kenangan manis bersama kerabat Johor yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Tunku telah melayan saya dengan baik sekali dan turut membawa saya mengadap Almarhum Ayahanda dan Tuanku Sultanah beberapa kali. Saya juga berpeluang untuk makan semeja dengan mereka..(masa tu terpaksa maintain cool aja). Almarhum Sultan Johor walaupun nampak tegas tetapi merupakan ayahanda yang penyayang.

Banyak acara keraian sama ada di Johor atau di tempat lain yang dapat saya sertai. Dari situlah, saya telah belajar bahasa-bahasa istana dan serba sedikit tentang protokol ketika mengadap kerabat-kerabat di raja.

DYMM Tuanku Sultanah juga melayan saya dengan baik. Saya pernah mengikut rombongan Tuanku ke Singapore dan Tuanku Sultanah tidak lupa untuk memberi saya cenderahati. Saya juga pernah menerima pemberian istimewa oleh Tuanku Sultanah..Oh..it's personal..tak boleh nak share..hehe..

This picture was taken in 2002 or 2003 di Istana Bukit Serene..sedang bersiap untuk dinner sempena Ulangtahun Kelahiran Almarhum Ke Bawah Duli Sultan Johor..

Di kesempatan ini, saya ingin merafak sembah takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah Binti Almarhum Tunku Ahmad serta Kerabat Di Raja, Kerajaan Negeri dan Seluruh Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim di atas Kemangkatan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Baginda Allmutawakil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Semoga Almarhum Sultan di cucuri rahmat. Amin.

Note: Saya berkabung 7 hari..

Friday, January 15, 2010

Jom Join Night Marathon

Update 19/1/10: Registration for Putrajaya Night Marathon is officially closed. Hubby tak sempat register..huhuhu..sedih giler..






Jom..jom..jom..join night marathon at Putrajaya on 6 February 2010...Saya dah pun meregisterkan diri..cuma hubby je yang belum lagi..mari la sesama meriahkan keadaan..tak payah lari jauh-jauh..amik yang 5km je..(itu pun belum tentu larat)..haha..
For more info on this marathon, click hooha

Wednesday, January 13, 2010

Expecting twins

Having twins’ memang best, double the joy + double the work. You have to be mentally and physically prepared. Masa saya mula-mula tau saya mengandungkan twins, my pregnancy was only about 15 weeks. Sungguh terkejut sebab terang-terang boleh nampak dua heartbeats dalam tummy saya. Masa tu, doc tak cakap apa-apa lagi. Saya sendiri yang nampak kat monitor..Doc pun macam terkejut and terus tanya adakah saya ada twins history dalam family. Saya dengan blur-blurnya jawab tak ada.

Saya yang masih terkejut, terus call hubby..Dia yang sepatutnya menemankan saya, tersangkut dalam jem..Arghh..dia memang selalu lambat! Bila saya cakap “eh I’m expecting twins la”..(dengan nada yang gembira) Dia dengan selamba menjawab “Biar betul..Anak I ke ?” Sungguh kejam betul dia..

Saya tak pernah berangan nak dapat anak twins, tapi saya pernah berangan saya sendiri ada twin..haha..mesti best kan..Masa saya di universiti dulu, saya dan kawan baik saya Farah Wahida, selalu kutuk-kutuk satu pasangan twins yang same batch with us sebab everyday pergi kelas dari atas sampai bawah semua sama, pastu jalan-jalan pegang tangan..Mak aii..menyampah betul tengok..(hehe..padahal jeles sebenarnya)..Ditakdirkan Tuhan, saya dan kawan baik saya tu sama-sama dapat anak kembar. Her twins boys are one year older than mine..kami sudah boleh berbesan..

Some tips yang boleh saya share bersama..

1.Dapatkan banyak informasi tentang twins sama ada melalui internet, buku, rakan, saudara-mara atau sesiapa saja yang berpengalaman. Wajib tahu bagaimana bayi kembar boleh terjadi dan perbezaan antara kembar seiras dan bukan seiras..supaya senang nak jawab if orang tanya nanti..

2.Buat budget..Jangan jadi macam saya..Terlalu ghairah sangat berbelanja..Mesti ada proper planning kalau tak budget boleh lari. Apa yang boleh share, tak perlu beli dua. Bila dah ada list barang yang nak dibeli, lebih mudah untuk beritahu saudara-mara apabila diaorang tanya “Nak apa for present?”

2.Mesti makan makanan yang seimbang dan makan secara kerap tetapi dalam small quantity. Oh ya, jangan lupa makan vitamin..Folic Acid paling penting..

4.If dah decide for breastfeeding, haruslah tanya orang yang berpengalaman dan rujuk buku-buku bergambar..Ini saya memang failed..

5.Dapatkan pembantu, tak kirala orang Indon ke, ibubapa, suami atau adik beradik sebab tak cukup kaki tangan dan akan rasa letih lebih-lebih apabila baru discharge from hospital

6.Dapatkan informasi tentang berapa cost untuk kelahiran kembar. Lebih baik pergi ke hospital kerajaan atau separa kerajaan kerana harga yang lebih murah dan fasiliti yang lengkap

Oopss..jangan seronok sangat sebab twins pregnancy ni banyak dugaannya..Bukan semuanya best aja tau.. Antaranya:

1.Di klasifikasikan sebagai high risk pregnancy..Risiko untuk mendapat darah tinggi, kencing manis, morning sickness yang teruk adalah lebih tinggi berbanding kandungan biasa..Alhamdullilah, my pregnancy was ok..

2.Bila dah diconsider high risk tu, maknanya mesti lebih kerap buat prenatal visits. Masa saya dulu, bila kandungan dah 6-7 bulan agaknya, kena jumpa doctor every two weeks..memang kopak la duit..

3.Bila dah mengandung twins, you need additional calories and weight gains..Bila makan memang tak ingat dunia..my weight was 78kg masa last week of pregnancy..Nasib baik skarang dah kurus balik..

4.Chances of having C-section is higher sebab akan ada banyak complications macam yang saya alami..My womb was nearly removed tau..huhuhu..

5.Bersiap sedia untuk bersalin lebih awal. Kebanyakan twins lahir pre mature. Alhamdulillah, kandungan saya genap 36 weeks. Doctor suruh saya tunggu lagi tapi saya yang tak nak sebab dah tak larat nak bawa perut ke hulu ke hilir..




Fresh from oven..haha..this is Adrianna..kulit merah macam udang kena bakar sebab terlebih darah..

This is Arissa. She was so paled because kurang darah dan terpaksa dimasukkan dalam inkubator for 5 days. Saya hanya dapat melihat dia selepas dua hari melahirkan sebab keadaan saya yang sangat lemah dan Arissa pula ditempatkan di blok berlainan dengan saya dan Adrianna..Ini antara gambar yg hubby ambil untuk tunjuk pada saya setiap kali dia pergi menjenguk Arissa tanpa saya..sungguh sedih..



Hari kedua di rumah..Satu besar, satu kecik..Satu merah, satu putih..

Tuesday, January 12, 2010

Puteh Cantik Berseri

As planned, my sis in law and myself went to pelancaran butik Puteh at Damansara Perdana last Saturday. Pening kepala tak tau nak pakai baju apa..Sekejap nak pakai baju kurung, kejap nak pakai dress labuh..tu lah masalahnya, tak tahu dresscode…If pakai beria-ia, nanti overdress pulak..Kelam kabut pagi tu selongkar almari cari baju yang sesuai..

Last-last pakai je la baju labuh and jeans..sebab I was told on that morning, launching starts at 9:30am and invitation yang we all dapat pulak from 11am-6pm.. So,tak payah berformal-formal sangat sebab bila we all sampai launching dah pun selesai..



Ini die rupa butik Puteh from outside..Senang aja nak cari..If you are coming from Damansara Perdana punya entrance, it's on your left hand side, opposite traffic light pertama entering Damansara Perdana. But if you are coming from The Curve, butik ni kat sebelah kanan (new building)


Curi-curi amik gambar sebab malu nak keluarkan my DSLR camera yang besar bagak tu..haha





Inside one of the room, barang-barang dalam bilik ni more exclusive..yang beg-beg kat dalam pic tu bukan handbag tau..tapi telekung..cantik kan? harga paling mahal if xsalah RM5k..uishh..orang zaman sekarang ni pegi semayang jemaah pun ada yang suka show off tau..haha..telekung ni memang sesuai untuk golongan-golongan seperti mereka..






Salah satu jubah yang di displaykan..material nampak biasa aja tapi beads tu yang buat price jadi mahal..Harga jubah kat sini starts from RM2k..very exclusive..biasala..hasil creativy Rizalman..worth it dengan harga yang dibayar..




My sis in law pun nak tumpang bergambar..Dia tengah berholiday skarang ni sebab baru quit from Ernst&Young and akan start keje baru next month..jeles la..



Selepas berjam-jam dalam butik dan membelek-belek mana barang yang paling murah untuk dibeli..hahaha..kiteorang pun amikla travelling telekung yang sangat compact dan cantik..


Ini telekung yang saya pilih..comel kan?telekung ni warna purple tau and ada corak-corak batik kat tepi kain..memang bergaya..haha..yang bestnya, we all dapat 20% discount..

p/s: hari ni dalam sejarah. post 2 entries..chow

Mood baru..


Mulai tahun ni, saya nak buat beberapa changes dalam blog ni..Firstly, nak tukar gaya penulisan..If you all perasan, ada entry yang tulis dalam English ada yang Malay and ada yang mix pun..Sungguh tak konsisten..Banyak entry tertangguh sebab saya kena habiskan banyak masa nak pikir ayat, check grammar (ini yang lemah ni), editing and proofread..Wah..sungguh letih..dari macam-macam cerita yang ada, alih-alih satu cerita je yang dipostkan kat blog ni..sebab nak perfect sangat..(padahal takla perfect mana..)So, skarang ni, tak nak buang masa..saya nak tulis ikut bahasa saya sendiri..tak nak pikir pasal grammar betul atau salah.. dalam erti kata lain..tulis macam saya sendiri sedang bercakap..haha..baru la feel sikit..casual writing..

Lagi satu perubahan ialah, saya akan tulis lebih banyak pasal twins saya..sebab tak larat nak cerita kat semua orang one by one bile dieorang tanya, “camna bole dapat twins?”,ada family history ke?”, “susah tak jaga twins?”,berapa ko spend sebulan?”..aduii..kalau sorang dua yang tanye takpela..ini tak, setiap kali jumpa orang yang baru tau saya ada twins, soalan-soalan seperti diatas akan diujakan..terpaksala rewind segala dialog-dialog yang memang dah lama hafal…hahaha..Well, bab ni memang tak nak escape..Sesiapa yang ada anak twins or triplet ke apa, have to deal with this situation..Berbalik kepada tujuan kenapa saya tulis pasal twins dalam blog, ialah supaya senang saya kata pada orang yang menanya “refer blog aku if nak tau pasal twins”..hahaha..

Susah nak cari blog yang cerita pengalaman seorang ibu membesarkan anak twins..Oleh itu, saya harap blog ni akan dapat memberi serba sedikit panduan kepada ibu-ibu twins di luar sana..(Promote blog sendiri)..haha..Okla..sebelum melalut..lebih baik stop skarang..bye..

Friday, January 8, 2010

Thank God It's Friday..

Hari ini sungguh lambat masa berlalu..Dah tak sabar rasenya nak keluar from opis ni..Hari ini juga saya rasa sedih sebab semalam my parents dah kidnapped my twins coz nak bawa them to Singapore to visit my grandmother. I was actually contemplating to give my parents permission to take my twins but then petang semalam, mak saya call and kata.."hello..mama dah on the way ke kl, ambil nana n caca"...tiba-tiba jantung saya terhenti..what else should I say..Kesian pulak kalau tak bagi..terpaksala merelakan dalam terpaksa...I'll be missing them desperately..Saya tak sanggup balik rumah awal semalam sebab nanti terbayang-bayang muka diaorang..jadi saya pun pegi la bershopping kat the curve untuk menghiburkan hati..haha..excuse je sebenarnya sebab if twins ade tak dapat take my own sweet time untuk bershopping..
Hari ini pun saya plan nak balik lambat..hubby dah ajak tengok Avatar malam ni..I was supposed to watch Avatar last week but cinema penuh, last-last tengok Sherlock Holmes..The movie was not bad..especially sebab ada Jude Law..haha..
Esok pula, saya akan ke pegi ke pelancaran Puteh-Busana Muslimah owned by my cousin n Rizalman Ibrahim at Damansara Perdana. You can take a sneak preview on some of the clothes at fabulousity by rizalman..Waaa..Kopakla duit saya bulan ni..Mesti banyak yang berkenan di hati..Takkan nak balik tangan kosong kan?

Tuesday, January 5, 2010

Happy New Year..


I know it’s a bit late to wish everyone and sorry for not writing although dah promise nak start tulis blog.. asyik malas je..too many things to blog about sampai tak tau macamane nak start..

Alhamdulillah, I had a great start this year.. dapat bonus walaupun xbanyak mane tapi tetap bersyukur sebab dapat..I’ve been planning to do a lot of things but asyik tertangguh aje..Hopefully dapat continue this year. One of it is to enroll into sewing class. Yg ini, dah pun start last month. baru attend 4 kelas kat Pusat Latihan Smart Skill in Wangsa Maju..so far so good..Disebabkan saya ni tak pernah pegang mesin langsung, skirt A line yg senang tu amik masa 3 kelas untuk disiapkan..haha..punyela blur masa first class sebab tak tahu nama2 tools yang guna masa menjahit..ramai my friends tanye, you ni memang minat jahit ke? Sebab diaorang terkejut bila saya cakap saya pegi kelas menjahit..Jawapannya memang tak minat langsung..ingat lagi masa buat kerja khusus for Kemahiran Hidup, saya hantar kedai aja bukannya jahit sendiri..

Mood untuk menjahit ni tetiba aja datang lebih2 lagi bila dah ada 2 orang anak dara ni..tak sabar nak jahit baju kurung or dress for them..yang jual kat luar very limited..if buat sendiri bole buat macam2 design..

This pic was taken on the day this machine was delivered to my house a month ago..tak payah susah2 pegi kedai, order aje online kat LSN-The leading sewing machine company

Okla, if baju dah siap nanti saya upload ok..


Related Posts with Thumbnails