Tuesday, January 26, 2010

Merafak Takziah


Saya sesungguhnya memang dukacita di atas kemangkatan Almarhum Ke Bawah Duli Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada hari Jumaat lepas. Walaupun saya bukan anak jati Johor tetapi saya pernah bersekolah dan tinggal beberapa tahun di sana. Apabila saya terdengar pengumuman di radio mengenai kesihatan Almarhum yang ketika itu sedang gering, saya lantas mengambil handphone saya dah terus sms anakanda bongsu Almarhum Sultan, iaitu YAM Tunku Masera yang merupakan salah seorang sahabat karib saya.

Saya mula mengenali YAM Tunku Masera ketika di bangku sekolah menengah. Walaupun kami dilahirkan pada tahun yang sama tetapi disebabkan Tunku Masera telah dimasukkan sekolah rendah pada umur 6 tahun, maka Tunku adalah merupakan senior setahun dari saya. Persahabatan saya dan Tunku bertambah erat ketika kami belajar di universiti yang sama. Ketika itu, saya pula yang jadi senior Tunku sebab selepas tamat sekolah menengah, Tunku mengambil STPM terlebih dahulu dan seterusnya memasuki salah sebuah universiti ternama di Singapore.

Pada waktu itulah, Tunku bersama kaum kerabat lain telah berangkat menunaikan umrah dan telah terbuka hati untuk mendalami ilmu agama lebih-lebih lagi Bahasa Arab. Sekembali Tunku dari menunaikan umrah, Tunku telah memohon untuk memasuki International Islamic University dan mengambil course Political Science. Saya pula pada waktu itu, sudah memasuki tahun kedua pengajian.

Saya banyak mempunyai kenangan manis bersama kerabat Johor yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Tunku telah melayan saya dengan baik sekali dan turut membawa saya mengadap Almarhum Ayahanda dan Tuanku Sultanah beberapa kali. Saya juga berpeluang untuk makan semeja dengan mereka..(masa tu terpaksa maintain cool aja). Almarhum Sultan Johor walaupun nampak tegas tetapi merupakan ayahanda yang penyayang.

Banyak acara keraian sama ada di Johor atau di tempat lain yang dapat saya sertai. Dari situlah, saya telah belajar bahasa-bahasa istana dan serba sedikit tentang protokol ketika mengadap kerabat-kerabat di raja.

DYMM Tuanku Sultanah juga melayan saya dengan baik. Saya pernah mengikut rombongan Tuanku ke Singapore dan Tuanku Sultanah tidak lupa untuk memberi saya cenderahati. Saya juga pernah menerima pemberian istimewa oleh Tuanku Sultanah..Oh..it's personal..tak boleh nak share..hehe..

This picture was taken in 2002 or 2003 di Istana Bukit Serene..sedang bersiap untuk dinner sempena Ulangtahun Kelahiran Almarhum Ke Bawah Duli Sultan Johor..

Di kesempatan ini, saya ingin merafak sembah takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah Binti Almarhum Tunku Ahmad serta Kerabat Di Raja, Kerajaan Negeri dan Seluruh Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim di atas Kemangkatan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Baginda Allmutawakil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Semoga Almarhum Sultan di cucuri rahmat. Amin.

Note: Saya berkabung 7 hari..

4 comments:

imanamani said...

best nya dapat hadiah istimewa ....

SuperCJ P.I said...

kerabat johor memang baik2..

imanamani said...

tak kenal maka tak cinta... since i stayed in JB for 7 years already..kg hubby antara yang kerap di kunjung untuk acara kembara mahkota.. and Baginda Sultan Ibrahim ..(that time Tengku Mahkota)..very nice person....

Shahrul Akbar said...

Salam Puan,

Sy ada hajat yg ingin disampaikan kpd Tuanku Sultanah Zanariah bg pertimbangan beliau selanjutnya. Boleh tak puan bantu sy?Sy boleh dihubungi melalui no tel 0162965951

Related Posts with Thumbnails