Monday, June 8, 2009

Minggu yang amat memenatkan

Nasib baik Arissa dah sihat, dapat jugak la saya meneruskan aktiviti mingguan seperti dirancang. Hari Jumaat malam, saya, mama dan anak-anak pergi ke Bday Party Tunku Masera. Tak ramai sangat yang dijemput. Adalah dalam 30 orang kot. Happy jugak dapat jumpa kawan-kawan lama di sekolah dan universiti dulu. Bukan hanya kawan-kawan, lecturer masa universiti dulu pun ada..haha..Saya aja yang kenal dia, tapi dia tak kenal saya pun..

Nasib baik anak-anak saya betul-betul behave malam tu. Yelah, takut jugak kalau terpecah barang or tertumpah air..hehe..Buat naya aja..Tak ada specific aktiviti malam tu tapi saya enjoy tengok Tunku Muna menyanyi karaoke. Dah lama tak dengar dia nyanyi. Last sekali masa her wedding 7 years ago. She sang on her wedding day! Romantik sangat..

Dalam entry sebelum ni, saya ada bagitau saya ada 4 wedding invitations untuk hari Sabtu dan tak tahu mana nak pergi. At last, saya pilih untuk menghadiri wedding Nelly, junior saya ketika di UIA dulu. Kami bertolak dari KL pukul 12 tengahari dan tiba di Janda Baik dekat-dekat pukul 2petang. Jem yang sangat-sangat teruk di Karak Highway. Disebabkan kesuntukan masa, saya tidak menunggu pengantin makan beradab, tapi sempat la juga mengambil gambar pengantin di atas pelamin.

Saya sepatutnya pergi ke Sunway Lagoon pada hari Ahad menemani keluarga Uncle saya yang datang dari JB. Tapi, last minute kami dapat berita kematian mak mertua kepada cousin husband saya. Saya terkejut sebab dia kelihatan begitu muda dan sihat ketika menghadiri birthday party cucu-cucunya iaitu Syed Ariff dan Sharifah Alana beberapa bulan lepas. Kami pun bergegas ke Masjid Bangsar untuk menziarahi jenazah yang dikebumikan selepas solat Zohor.

Disebabkan terlalu penat, saya dan husband memutuskan untuk tidak menghantar Adrianna & Arissa balik ke Seremban seperti biasa. Mula-mula saya cadangkan agar suami menjaga mereka di rumah hari ni tapi, dia tak confident la..hehe..So, kami hantar diaorang ke Taska i-play yang terletak di Damansara Perdana for trial session. Last week, saya dan husband dah recce nursery ni dan besar kemungkinan akan enroll mereka dalam masa terdekat.

Dari malam semalam lagi, saya dah teruja nak tengok keletah mereka di nursery. Kami yang terawal tiba di Taska i-play pagi tadi. Lepas terangkan serba sedikit tentang Adrianna & Arissa kepada staff di sana especially camna nak differentiate mereka, saya pun terus ke tempat kerja. So far, diaorang tak menangis pun. Pukul 2 petang tadi, saya call Taska i-play dan diberitahu Adrianna baru bangun tido manakala Arissa pula langsung tak tido. Sibuk main aja. Sebelum tu, Fara, owner Taska i-play yang merupakan cousin husband saya sms dan beritahu Adrianna & Arissa tengah main doh and is getting along well.

Inilah, Nelly dan pasangannya Ahmad. Nelly, awak sungguh cantik hari tu..

Selepas aja saya snap gambar ini, Adrianna telah menumpah segelas air sirap di atas meja..hehe..









No comments:

Related Posts with Thumbnails